Laman

Sabtu, 27 Januari 2018

HAKIKAT MANUSIA

"TAMAASHAAA ALLAHU LAA QUWWATA ILLA BILLAH"..
.
Disebalik nafas itu DIA.
Disebalik Hati itu DIA.
Disebalik hijab itu DIA..
DIA lah Allah yg Maha Ghaib penghidup yg mati dan pemati sekelian yg hidup.
.
(Al-Kahf -38)
Tetapi aku (percaya bahwa): Dialah Allah, Tuhanku, dan aku tidak mempersekutukan seorangpun dengan Tuhanku.
.
Allah Maha Pencipta dan Ciptaan Allah yg terunggul adalah manusia.
.
Sebelum wujudnya langit dan bumi.. yg wujud hanyalah Allah dan Nama2NYA.
.
Tuhanku ialah Tuhanmu.. Rasulku ialah Rasulmu.. Kiblatku ialah kiblatmu..
Tetapi imanku adalah imanku dan imanmu adalah imanmu.
.
Yg berbilang itu makhluk.. yg Esa dan tunggal itu Allah.
Usah mengaku berTauhid jika tidak memisahkan mana makhluk dan mana Allah.
Masing2 bertanggung jawab atas amal masing2.. maka itu diwujudkan syurga dan neraka.. Sila rujuk Al-Qur'an..
.
Allah itu Maha Ghoib disebalik hijab..
Dan hijab itu adalah makhluk disegala isi langit dan bumi.
.
Manusia dan alam sentiasa berubah setiap saat.
Allah tidak pernah berubah sedikitpun sejak azali hingga tiada akhir.
.
Allah Meliputi tiap bunyi dan cahaya.. tiada bunyi dan cahaya yg terlepas dari diLiputi Allah kerana Allah Meliputi segala kejadian.
..dan tiada dekat atau jauhnya bunyi itu bagi Allah.
.
Manusia berada disatu tempat pada satu2 masa.. Malaikat dapat berada dibeberapa tempat pada satu2 masa.. Allah berada disemua tempat pada setiap masa.
.
Berhala keAkuan itu harus diruntuhkan sebelum dia menjadi seperti Fir'aun yg berasa yakin diri, tetapi tidak yakini Allah.
.
~~~~~~~
.
HAKIKAT MANUSIA
.
Sebelum manusia itu lahir kedunia, Rohnya sudah ada hidup tanpa jasad dan sukma(jiwa). Dia belum merasai mati lagi ketika itu.
.
Rasul itu benar..
Syaitan itu menunggu disebelah luar rahim saat manusia itu lahir kedunia. Maka bayi itu menangis diganggu syaitan
.
Bila janin itu didalam perut ibunya, malaikat memegang lilin(bukan lilin dunia) mengajarkan Rohani bayi itu akan Kitab Al-Qur'an, atau Taurat atau Injil..
Tetapi saat bayi itu lahir keluar kedunia, syaitan itu sudah siap menanti dan memukul bibirnya dan sumpah syaitan itu menyebabkan bayi itu terlupa segala yg di ajarkan malaikat kepada rohnya... kesan pukulan syaitan kelahiran itu ialah dua-alur di atas bibir hingga ke bawah hidung.
.
Diri sebenar manusia itu adalah makhluk yg ghaib.. Diri nyata itu hanyalah sarung sementara untuk hidup didunia ini.
.
Nama Musa AS itu bererti "AKU keluarkan dia dari air" jika didalam bahasa Yehuda.
.
Kelajuan cahaya mengatasi bunyi..
Kelajuan MataHati itu mengatasi "masa".
.
Cahaya lebih laju dari bunyi, tetapi MataHati lebih laju dari cahaya, MataHati juga lebih laju dari "masa" sehingga "masa" terasa terhenti oleh MataHati... sehingga semua yg bergerak tampak seperti gerak-perlahan..
.
Pencinta dunia gemarkan nikmat makan demi memuaskan nafsu perut.. pencinta akhirat gemarkan memberi makan diri bathin dan mengenyangkan dada..
.
Manusia adalah makhluk Ciptaan.
Mana Hak manusia..??
Roh manusia itu sendiri hak Allah.. tiada hak manusia.. manusia hanya punyai "Amanah Allah".. Amanah Allah ialah Roh yg menghidupkan segala yg bernyawa.. ia wajib dikembalikan kepada puncanya.. iaitu Rahmatullah di 'Arasy, langit tertinggi di antara sekelian langit.
.
Segala apa yg dilakukan didunia ini akan terlihat di alam Barzah.. amal baik dan amal jahat..
.
Di alam kematian, dimana hatinya berada, disitu dia berada.. jika Hatinya masih berada didunia, dia tidak dapat naik, tetapi masih berlegar-legar disekitar diantara dunia nyata dan alam Barzah hingga sesuatu tempoh.
.
Yg beriman harus tahu asal usul kejadian mereka.
Roh Manusia datang dari Allah dan harus pulang kepada Allah.
Punca segala dosa ialah syaitan pada pohon khuldi yg dimakan oleh Hawa dan kemudian, diberinya pada Adam.
.
Pada Nafsu itu terdapat nafsu2 kehaiwanan.. yg menggemari makan, tidur, bersetubuh, bergaduh serta lain2 sifat kehaiwanan itu datang dari nafsu terendah.
.
Seperti manusia dunia yg perlukan makanan untuk hidup,
Para Roh perlukan makanan Rohani iaitu ayat2 Al-Qur'an.
.
Keadaan setiap jiwa yg di Alam Barzah itu tergantung pada apa yg dilakukan nya didunia ini.
Ada yg tersesat, dan ada yg tahu jalan pulang.
.
Jiwa2 simati itu berkeadaan berbeda-beda diantara mereka tergantung amal baik mereka semasa didunia.
.
Daging, tulang dan kulit itu cumalah sarung.. inti kejadian itu didalam tubuh dan bukan diluar tubuh.
.
Malaikat Maut pasti mencabut nyawa dengan rasa sakit.
Terkecuali beberapa kerat jiwa yg tidak terasa sakit sebelum mati.
.
Seorang yg telah mati itu pasti terpisah dari tubuhnya dan akan melihat tubuhnya dari luar tubuh yg sudah menjadi mayat.
.
.~~~~~
.
Segolongan manusia itu dimuliakan oleh bangsa Jin. Segolongan dimuliakan oleh malaikat.
Dan sedikit oleh Allah.
.
7 hari pertama, Roh Nafas berada hampir pada kuburnya.
Dia masih rindui dunia ini.. rindui keluarganya.
Maka rumah yg ada kematian disaran menutup semua cermin agar Roh simati tidak terkejut melihat wajah barunya pada cermin itu.
.
Dilarang ziarahi kubur pada 7 hari pertama..
.
Pada tahun pertama, Roh telah dibawa naik kelangit, tetapi jiwa itu masih di kuburan.
.
Jiwa itu mengambil wujud rupa diri jasadnya dan berupa salinan ghaib dari tubuh jasadnya.
.
Diantara asap dan api itu terdapat rahsia2 Penciptaan Alam..
Dan ia tersembunyi disebalik hijab.
Dan hijab itu adalah makhluk.
.
Sebelum makhluk itu, Allah.. Selepas makhluk itu Allah.
.
Tiap zarah didalam tubuh seorang Rasul itu dilindungi Allah dari Iblis, syaitan, Jin dan manusia.
Mereka makhluk terpuji dan manusia suci.
.
Allah bukan seorang manusia yg dapat kamu bohongi.
Seorang Shidiqqin akan dilindungi Allah dari sebarang kebathilan.
.
Apa yg kamu makan dari bumi ini, hati2..
Bumi akan memakan semula isi perutmu berserta seluruh tubuhmu dikubur kelak.
.
Bumi adalah makhluk Allah yg isinya berakal dan bertindakbalas kepada perbuatan2 makhluk didalamnya.
Dia tidak berbentuk manusia tetapi ia punyai semua unsur pada tubuh manusia seperti air, tanah, angin dan api.
.
Rasul itu benar..
Teman ketawamu pasti ramai.
Namun teman menangismu cumalah satu dalam sejuta.
Allah Muliakan golongan yg sedikit.
.
(Al-Kahfi:65). ..فَوَجَدَا عَبْدًا مِنْ عِبَادِنَا آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِنْ لَدُنَّا عِلْمًا
Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.
.
(Al-Ahqaf :9)
قُلْ مَا كُنْتُ بِدْعًا مِنَ الرُّسُلِ وَمَا أَدْرِي مَا يُفْعَلُ بِي وَلَا بِكُمْ ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ وَمَا أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ مُبِينٌ
9. Katakanlah: "Aku bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuat terhadapku dan tidak (pula) terhadapmu. Aku tidak lain hanyalah mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku dan aku tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan".
.
Aamiin.. Sadoqallohul'adzhiim.
.
Salam Kitab Ghaib~TAUHID Al-Haq.